Wednesday, March 24, 2010


Air mata panas deras mengalir laju, masih membasahi wajah tika ini. Bukan diratap pemergian itu, namun kesedihan ini masih lagi gagal dibendung. Perlukan masa untuk merawat hiba ini.

Mencari sekelumit kekuatan untuk meluah rasa ini. Perpisahan yang pasti ini bagai meragut sedikit sebanyak semangat dari diri yang lemah ini. Bukan disesali takdir itu, namun aku insan berhati lemah ini, perlu masa untuk mencari kembali semangat yang bagai dibawa pergi bersama.

Alhamdulillah. ALLAh memberi kesempatan padaku dan beberapa orang sahabat lagi untuk berada di rumah untuk menatap wajah arwah adik ku buat kali yg terakhir..

Post kali ini hanya berkongsi rasa. . Sungguh keluarga kami harus tabah berhadapan ujian Ilahi ini. Apatah lagi melihat wajah tenang ibu..


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita besama terus bersemadi,
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu,
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,
Sedih rasanya hati mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana,
Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan,
Moga di sana kau bersama para solihin,
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mnegenagkna
Kau sahabatku kau teman sejati



No comments:

Post a Comment